Persatuan Bulan Sabit Merah

Persatuan Bulan Sabit Merah di peringkat dunia lebih dikenali sebagai Palang Merah. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai Bapa Palang Merah.

     Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan pertempuran di Salferno, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera. Inisiatif Henry Dunant ialah; membantu tentera yang cedera dan sakit, memberi dan membeli ubat serta makanan untuk diberi kepada mangsa peperangan.

     Selain itu, beliau juga menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital sementara, meminta pertolongan penduduk setempat memberi pertolongan cemas tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit dan menggunakan kempen dan slogan 'Tuttifratelli' (Kitakan bersaudara). Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar Castiglione delleStiviere. 

     Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan kemanusiaan untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walaupun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah.
     

Comments